Diet Orang Austria Masakan_Austria

Wiener Schnitzel iaitu daging yang dileperkan, biasanya digoreng bersama serbuk roti.Frittatensuppe.Tafelspitz.

Sarapan biasanya terdiri daripada roti dengan jem atau daging atau keju. Ia juga dinikmati dengan teh, kopi atau jus. Pada zaman moden, hidangan utama diambil pada sebelah petang. Selain itu, sup juga sering dihidangkan sebagai pembuka selera seperti Frittatensuppe (mi dalam brot daging) dan Leberknoedelsuppe (sejenis sup). Manakala snek dan sepotong roti berkeju atau daging ham yang dipanggil Jause diambil pada waktu pagi atau tengah hari. Hidangan utama hanya diambil pada sebelah petang. Masakan Austria yang lain adalah kutlet goreng bersalut, Wiener schnitzel. Cara masakan Schnitzel di Austria berlainan dengan menu bergorong terdiri daripada daging bersalut tepung, telur dan serbuk roti. Selain itu, Tafelspitz iaitu brot daging dengan lobak kuda merupakan makanan kegemaran Maharaja Franz Joseph I. Jadi, makanan ini dianggap sebagai menu kebangsaan Austria.